Di tengah badai polemik Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) di Dewan Rakyat baru-baru ini, ada satu perkongsian menarik dari seorang pempengaruh yang mengimbau kembali kisah Nurul Izzah Anwar yang pernah menghasut penduduk Flat PKNS Kerinchi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 2017.
Bagi yang belum membacanya, jom sama-sama kita ikuti perkongsian beliau:
Adam Adli kena pukul dengan geng Umno Lembah Pantai. Nurul Izzah pula jadi batu api menghasut penduduk. Akhirnya 34 penduduk menyesal kerana termakan hasutan Nurul Izzah.
Itu adalah antara peristiwa2 yang berlaku antara 2012 hingga 2017. Ianya terkait dengan projek pembangunan semula Flat PKNS Kerinchi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.
Saya ingat satu persatu peristiwa itu kerana saya salah seorang penulis yang menulis untuk menjelaskan kepada orang ramai tentang matlamat kerajaan membangunkan semula flat itu.
Ketika itu Kerajaan BN diketuai oleh Datuk Seri Najib dan menteri yang terlibat pula adalah Datuk Seri Raja Nong Chik, selaku Menteri Wilayah Persekutuan. Kawan saya ketika itu yang juga Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan antara orang kuat yang menyokong projek itu.
Flat empat tingkat itu telah berusia 40 tahun dan sangat usang. Kerajaan hendak merobohkannya dan membangunkan semula dengan rumah yang lebih baik dan dinamakan sebagai Residensi Kerinchi. Siap dengan pusat membeli belah lagi.
Kemudian nama kawasan itu ditukar dari Kampung Kerinchi ke Bangsar South. Agar nilai komersial menjadi lebih tinggi dan dapat menukar cara pemikiran penduduk flat ke satu takuk yang lebih tinggi.
Secara tak langsung meningkatkan taraf hidup penduduk di situ. Itulah salah satu cara Kerajaan BN yang diterajui UMNO ketika itu meningkatkan taraf hidup orang melayu di bandar.
Pengambilan flat itu menggunakan akta tanah yang sedia ada. Tiada pun Rang Undang2 URA seperti yang sedang kecoh sekarang. Boleh buat pun benda tu walaupun tiada URA.
Penduduk yang bersetuju telah berpindah dan mereka diberi wang untuk kos perpindahan keluar. Dipindahkan ke PPR Puchong. Dan mereka akan mendapat rumah baru secara percuma apabila projek siap. Dapat pula lagi wang belanja perpindahan masuk ke rumah baru.
Tahun 2017, projek itu siap dan penduduk asal dipindahkan kembali ke rumah baru yang lebih baik, selesa dan moden. Projek itu dirasmikan oleh DSNR. Manakala 34 penduduk yang tidak bersetuju hanya mampu menyesal dan berputih mata.
Hari ini papa Nurul Izzah kata, “saya nak selamatkan melayu bandar dari merempat”
Beginilah Datuk Seri, pergilah tolong 34 keluarga yang termakan hasutan anak Datuk Seri satu ketika dulu. Mungkin mereka2 lah melayu merempat yang Datuk Seri maksudkan.
Artikel ini disunting dari hantaran Facebook Mohd Faisal https://www.facebook.com/mdfaisal.rohbanahmad