HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Tun M Tolak "Imuniti" Umur, Cabar Anwar Bawa Isu Batu Puteh ke Mahkamah

Tun Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim with Pulau Batu Puteh in the background

Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Anwar Ibrahim (kanan).

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, dengan tegas menolak sebarang bentuk "imuniti" yang cuba diberikan kepadanya, susulan kenyataan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam yang mendakwa Dr Mahathir bersalah berhubung isu Pulau Batu Puteh, namun tiada tindakan akan diambil atas faktor usia.

Kenyataan tersebut mengundang kritikan sinis termasuk dari negarawan itu yang menyindir Anwar bertindak bukan sahaja sebagai Perdana Menteri, malah sebagai hakim dan pendakwa raya sekaligus.

"Ini bermakna Datuk Seri Anwar bukan sahaja PM, dia juga hakim dan juga pendakwaraya. Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwaraya atau hakim," ujar Dr Mahathir yang menyanggah keras tindakan Anwar yang didakwa melangkaui bidang kuasa.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan “imuniti umur”. Sebaliknya, mencabar Anwar untuk membuktikan sebarang dakwaan kesalahannya di mahkamah.

"Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan," tegas Dr Mahathir.

Beliau turut menyifatkan imuniti sebagai sesuatu yang hanya dicari oleh mereka yang sedar akan kesalahan diri dan takut untuk berdepan keadilan.

"Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah,"

Kenyataan Tun Dr Mahathir hari ini menerima lebih 20,000 tanda suka di laman Facebook.