Jabatan Penjara Thailand baru-baru ni bagi update pasal Thaksin Shinawatra, ahli politik kaya-raya merangkap bekas Perdana Menteri. Dia sekarang ni tengah serve hukuman penjara setahun lepas Mahkamah Agung buat keputusan pada 9 September lepas.
Leftenan Kolonel Polis, Shane Kanjanapach, Timbalan Ketua Pengarah merangkap jurucakap Jabatan Penjara cakap, Thaksin sekarang ni tengah kuarantin lima hari. Lepas ni, pihak penjara akan tentukan dia buat kerja apa, ikut skill dan minat dia.
Untuk kes Thaksin ni, dia mungkin akan disuruh mengajar bahasa. Kira macam dia boleh sumbang kat aktiviti penjara dan tolong banduan lain recover.
Jurucakap tu cakap, fizikal dengan mental Thaksin sihat je. Sepanjang kuarantin ni, dia dilaporkan makan dua biji telur rebus dengan minum kopi setiap pagi, pastu tidur pun lena.
"Dia takde mintak apa-apa special pun, dan dia ditempatkan kat bilik kuarantin dengan banduan warga emas lain, yang kira okeylah," kata jurucakap tu.
Cuma 10 orang je yang Thaksin boleh pilih, contohnya isteri, anak, dengan ahli keluarga terdekat, yang dibenarkan melawat dia. Ni ikut peraturan penjara.
Dia dijadualkan jumpa Thaksin buat kali pertama Isnin ni dan akan terangkan apa-apa keputusan pasal kerja dalam penjara kena rujuk kat Jabatan Penjara.
Setakat ni, Anwar Ibrahim belum nak batalkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat peribadi dia yang juga Pengerusi ASEAN 2025, walaupun Thaksin sekarang dah sah jadi banduan. Kenapa susah sangat nak batalkan pelantikan ni?