HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Siapa Sebenarnya Memerangi Rasuah?

Perdana Menteri Anwar Ibrahim and bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

Gambar fail: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tahun lalu, Anwar mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap rasuah. Anwar berjanji untuk tamatkan apa yang dia sifatkan sebagai tingkah laku "melulu, angkuh, korup dan tamak" oleh pemimpin masa lalu.

Anwar juga berjanji untuk menormalisasi budaya kepimpinan "yang tidak dibenarkan mencuri kekayaan negara dan menyalahgunakan kuasa."

Namun, sebenarnya Tun Dr. Mahathir, individu yang mula-mula membuka pintu kawalan anti-rasuah, bukan Anwar Ibrahim. Dr. Mahathir telah pun menjalankan tanggungjawab dalam menyiasat dan mendakwa Najib Razak pada tahun 2018, semasa beliau kembali memegang jawatan perdana menteri untuk kali kedua.

Rakyat masih ingat tatkala pihak pasukan penyiasat PDRM mengangkut beg tangan Hermès Birkin, puluhan jam tangan buatan khas dan timbunan barang kemas dari harta benda Najib dan isterinya Rosmah Mansor, dalam rampasan yang bernilai lebih daripada AS$275 juta.

Pentadbiran Dr. Mahathir juga memastikan bahawa Najib dan Rosmah didakwa secara berasingan dengan rasuah pada tahun yang sama.

"Selepas Najib dihukum, rakyat semakin yakin dalam menyiasat bekas perdana menteri," kata ahli strategi dasar awam Asrul Hadi Abdullah Sani, rakan kongsi di ADA Southeast Asia. "Pantang larang (taboo) yang wujud terhadap penyiasatan individu berkuasa di negara ini" telah dipecahkan.

Sementara itu, ahli ekonomi politik Edmund Terence Gomez pula menyatakan bahawa pemimpin di Sabah dan Sarawak yang telah lama dihantui oleh dakwaan rasuah – setakat ini terlepas dari siasatan.

Kedua-dua wilayah itu sangat penting kepada sokongan besar terhadap Anwar di parlimen yang dibentuk secara gabungan, yang juga bergantung kepada parti Umno yang pernah dominan, tempat bersembunyi ramai tokoh yang terlibat dalam skandal rasuah mereka sendiri.

"Ini menimbulkan persoalan mengenai siasatan terpilih," kata Gomez, yang juga pengerusi Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme. "Adakah Anwar hanya mengejar orang yang tidak sebulu dengan pentadbirannya? Jika disemak senarai itu, banyak persoalan serius yang timbul."

Salah satu persoalan paling mendesak, katanya, adalah sama ada SPRM bertindak secara bebas "atau atas arahan perdana menteri?"