Terkini ucapan sempena sambutan Deepavali pula jadi mangsa. Perdana Menteri mengeluarkan naratif biasanya.
Kali ini rampasan dan pulangan RM15.5 bilion dalam tempoh masa 2 tahun pentadbirannya.
Pertama sekali ini baik. Rakyat sokong. Tatakelola dan lawan ketirisan serta rasuah mesti dipuji tidak kira sesiapapun.
Tetapi disambung pula naratif lesu. Kononnya pimpinan politik sakau. Ada rumah ada harta di Australia, di London.
Semasa bentang Belanjawan 2026, angka RM15.5 bilion ini disambut hentakan meja tanda kagum ahli-ahli parlimen blok Kerajaan.
Tidak sempat pula kamera Dewan Rakyat beralih ke ahli-ahli parlimen dari UMNO yang dahulunya Anwar Ibrahim janji akan lawan kerana mereka sakau.
Pada masa Belanjawan 2026 dibentang, pujian diberi kepada penguatkuasa. PDRM, SPRM, LHDN, Kastam kerana berjaya bawa balik wang yang dicuri dari rakyat.
Bercakap di pentas mudah bagi PMX.
Saya ingin bertanya. Dari siapa wang-wang ini dirampas? Mengapa tidak namakan? Bagaimana janji hendak tangkap orang kuat SPRM?
Bagaimana pula nasihat pelantikan orang yang sudah dipanggil bela diri tapi kes DNAA sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Bagaimana pula rakan baik yang tiba-tiba cemerlang sebagai usahawan muda paling berjaya dalam sejarah ekonomi negara?
Bagaimana pula isu kerjasama dengan ahli-ahli politik di Sabah yang sekurang-kurangnya atas skrin telefon pintar seluruh negara sedang bincang tentang wang rasuah?
Ya, mudah cakap RM15.5 bilion wang rakyat kena sakau.
Siapa sakau? Perlu ada bukti. Kalau ada kotak-kotak mesti tunjukkan. Bukan cakap sahaja.
Contohnya pertuduhan salah guna kuasa isu SD tahun 1998. Bukti wujud. Masuk bicara, kalah, masuk rayuan kalah, masuk jel.