PUTRAJAYA — Genap lebih sebulan pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke rahmatullah, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengutuskan sepucuk warkah terbuka bertajuk 'Terima Kasih Sekali Lagi' buat seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi surat rasmi bertandatangan beliau yang bertarikh 4 November 2026 itu, negarawan berusia 101 tahun berkenaan meluahkan rasa amat terharu dan berterima kasih atas kehadiran orang ramai yang masih tidak putus-putus menziarahi pusara serta menitipkan doa buat Allahyarhamah.
Dalam warkah lima perkara tersebut, Dr Mahathir turut memohon maaf secara terbuka kerana tidak dapat kerap ke tanah perkuburan bagi menyantuni para penziarah, selain memohon pengertian orang ramai kerana tidak mampu membalas setiap pucuk surat serta ucapan takziah satu persatu.
Berikut merupakan teks penuh warkah Tun Dr Mahathir bin Mohamad:
TERIMA KASIH SEKALI LAGI
1. Hasmah telah pergi lebih sebulan tetapi masih ramai yang menziarah pusaranya.
2. Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah.
3. Saya ingin minta maaf kerana tidak dapat sering ke pusara dan bertemu dengan yang datang menziarah pusara isteri saya.
4. Begitu juga dengan surat-surat, ucapan-ucapan takziah yang diterima. Saya tidak dapat nak jawab satu persatu.
5. Saya cuba jawab seberapa mampu.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD — 4 November 2026, Putrajaya.
KUALA LUMPUR – Hantaran ringkas penuh teka-teki bertajuk 'The Future' di blog rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad bulan lalu akhirnya terjawab, apabila bekas Perdana Menteri itu mendedahkan ia sebenarnya sebuah amaran sinis buat generasi masa kini yang disifatkannya leka dibuai kesenangan.
Menjelaskan perkara tersebut dalam satu rakaman video bersama saudara Shamsul Akmar pada 9 September lalu, Dr Mahathir menegaskan wujud satu generasi yang tidak menyedari kepayahan dan krisis masa lalu, dan masalah tersebut kini berisiko untuk berulang kembali.
"Mereka ria, seronok. Jadi saya kata, tak apalah you (anda) buat macam tu. Tapi maksudnya ialah kalau kita tak pandai bertindak untuk dasar akan datang, kita akan ditekan dengan banyak masalah," katanya dalam rakaman berkenaan.
Terdahulu, Dr Mahathir pada 21 Ogos memuat naik satu tulisan yang sangat ringkas di blog thechedet.com berbunyi: "Satu perkara yang akan berlaku pada masa depan. Keadaan akan berubah. Bahkan perkara yang paling dihargai juga akan berubah. Jadi berseronoklah sekarang".
Tulisan itu mengundang pelbagai spekulasi dan tafsiran dalam kalangan pemerhati politik serta orang ramai berhubung maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh negarawan tersebut.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir memberi amaran bahawa sungguhpun rakyat boleh berseronok pada masa ini, mereka perlu bersedia menghadapi kesukaran sekiranya langkah penggubalan dasar yang tepat tidak diambil.
"Mereka akan menderita. Tapi mereka boleh berseronok sekarang. Namun apa yang berlaku pada masa depan adalah sesuatu yang berbeza. Masyarakat secara amnya perlu tahu menghargai apa yang menanti di masa depan, dan disebabkan itu... mereka perlu berhati-hati," tegasnya lagi.
Beliau turut bersetuju secara mutlak bahawa segala nikmat keamanan, kestabilan dan kemajuan yang dikecapi negara hari ini tidak turun dari langit, dan sama sekali tidak bersifat kekal sekiranya tidak dijaga—sama seperti nasib beberapa negara luar yang hancur akibat pertikaian.
"Sebagai contoh, anda boleh lihat kita menikmati lebih 20 tahun pertumbuhan yang baik, kestabilan, keamanan dan sebagainya. Dan jangkaannya ialah ia akan berterusan.
"Tetapi kita tahu ia tidak berterusan. Ini kerana pengajaran daripada masa lalu tidak dipelajari," jelas tokoh berusia 101 tahun itu.
Dr Mahathir turut melahirkan kekesalan apabila landskap dan kepimpinan negara hari ini dilihat semakin tersasar daripada dasar-dasar yang pernah memacu kejayaan Malaysia suatu ketika dahulu.
"Mereka tersasar daripada dasar yang biasa. Dan disebabkan mereka tidak bersedia untuk masa depan yang penuh dengan masalah, mereka akhirnya tidak mampu menangani masalah-masalah tersebut apabila ia tiba," tambahnya mengakhiri bicara.
PUTRAJAYA — Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sempat meluahkan bahawa beliau sudah bersedia untuk pergi meninggalkan semua sebelum menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9:20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkara pilu tersebut dikongsikan oleh anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika ditemui sejurus selesai upacara pengebumian isteri negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad itu di Pusara Negara, Presint 20, di sini, lewat petang tadi.Mengimbau detik-detik akhir bersama ibunda tercinta,
Mukhriz berkata beliau sempat meluangkan masa bersama Allahyarhamah pada malam semalam dan menyifatkan ibunya berada dalam mood (keadaan) yang sangat ceria.
"Saya sebenarnya bersama Allahyarhamah, malam semalam. Waktu itu dia sudah pun berada di IJN atas sebab sakit yang lain sebenarnya. Tetapi moodnya sangat ceria.
"Walaupun begitu, dia ada beritahu saya yang dia dah bersedia untuk meninggalkan kita semua," katanya.   Jelas Mukhriz, Allahyarhamah pada awalnya telah dimasukkan ke IJN pada hari Sabtu yang lepas dan nampaknya sudah bertawakal dengan keadaan dirinya.
Namun, pihak keluarga menerima perkhabaran mengejut pada awal pagi apabila dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Allahyarhamah merosot secara tiba-tiba.
"Pagi tadi tanpa dijangka saya dimaklumkan daripada pihak hospital bahawa beliau mengalami sakit jantung lebih kurang pukul 8:00 pagi dan saya terus bergegas ke IJN," ujarnya lagi.
Sebaik tiba di sana, beliau melihat pakar perubatan di IJN sedang bertungkus-lumus melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atas Allahyarhamah, sebelum Allahyarhamah dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU).
Keadaan menjadi bertambah sayu apabila pihak perubatan memberi taklimat ringkas kepada keluarga mengenai kedudukan sebenar tahap kesihatan beliau.
"Dan pada pukul 9:00 pagi kami dimaklumkan bahawa CPR yang telah dijalankan itu hanya akan dibuat selama 15 minit lagi dan kalau jantung tak terus berfungsi maka tindakan CPR itu akan dihentikan," jelas Mukhriz.
Tambahnya lagi, keluarga sudah mula pasrah dan faham maksud yang cuba disampaikan oleh doktor ketika itu, sebelum Allahyarhamah akhirnya dijemput Ilahi.
PUTRAJAYA — Malaysia tidak seharusnya takut mengambil risiko atau sekadar menunduk kepada tekanan kuasa besar dunia jika mahu mengekalkan kedaulatan dan prinsip keadilan antarabangsa.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap terlalu bimbang akan implikasi dan tindak balas kuasa Barat hanya menyebabkan banyak negara membangun gagal bersuara serta tidak efektif di persada antarabangsa.
"Banyak negara-negara takut kepada risiko sampai tak buat apa-apa. Kita takut juga, tapi kita fikir kita punya ikatan dengan negara besar tak begitu teguh. Kita berpendapat bahawa kita boleh atasi risiko yang mungkin datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam PODCAST DR. M (Siri 2 Episod 12) bertajuk "Meminggirkan Barat, berpaling ke Timur & bersama selatan" yang dikendalikan oleh penemubual Saudara Shamsul Akmar.
Mengimbau dasar luar negara sewaktu pentadbiran pertamanya (1981–2003), negarawan itu menjelaskan bahawa kejayaan Malaysia beralih daripada negara berasaskan pertanian kepada perindustrian memberi keyakinan untuk tampil dengan dasar luar yang lebih berani.
Menurutnya, penglibatan Malaysia dalam pertubuhan seperti Komanwel digunakan untuk membina jaringan serta menyuarakan kepincangan ketidakseimbangan ekonomi dunia.
Beliau turut mengimbau sindiran halus yang pernah disampaikannya di hadapan Ratu Elizabeth II mengenai kepincangan blok berkenaan.
"Dipanggil kumpulan ini sebagai Komanwel (Commonwealth). Tetapi the wealth is not common. Kekayaan itu hanya ada pada negara-negara kaya Eropah," katanya.
Tambah beliau, pada era penjajahan British, Malaysia ditadbir oleh penasihat British yang mempunyai kuasa memerintah manakala raja-raja tempatan tidak mempunyai suara dalam hal ehwal luar negara. Namun selepas merdeka, negara bebas menentukan hal tuju diplomasi sendiri.
Dr Mahathir turut menyentuh peranan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang diwujudkan bagi berkongsi pengalaman pembangunan dan pentadbiran Malaysia dengan negara-negara membangun.
Melalui penawaran biasiswa dan latihan, program diplomasi lembut (soft diplomacy) itu berjaya menarik penuntut dan pegawai tinggi dari 144 negara membangun, dengan jumlah alumni global melebihi 40,000 orang.
"Apabila mereka lihat hasil daripada polisi Malaysia, kita jemput orang suruh datang ke Malaysia untuk belajar apa yang kita sudah pelajari, mereka dapati bahawa ini adalah satu cara soft diplomacy yang boleh menguntungkan negara," jelasnya.
Beliau menambah, inisiatif tersebut disusuli dengan penganjuran platform dialog antarabangsa seperti Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) dan Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID) yang difokuskan kepada isu kerjasama Selatan-Selatan serta penentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan.
Ketika ditanya mengenai tindakan tegasnya menentang dasar Barat seperti pelaksanaan kempen Buy British Last akibat kenaikan yuran pengajian penuntut Malaysia di United Kingdom secara mendadak, Dr Mahathir menegaskan tindakan itu berasaskan pengiraan risiko yang disengajakan.
"Kita cuba kenali risiko... Dan sikit sebanyak kita tahu apa tindak balas yang boleh mereka ambil. Sebab itu kita berani," katanya.
Selain itu, beliau memperincikan peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan keputusan menghantar batalion pengaman ke Bosnia-Herzegovina sewaktu pembubaran Yugoslavia.
Menurut Dr Mahathir, tindakan bersuara di PBB dan NAM adalah untuk memastikan undang-undang antarabangsa sentiasa dipatuhi.
Lantaran kelantangannya mempertahankan keadilan untuk negara-negara dunia ketiga, Dr Mahathir pernah digelar sebagai "The Voice of the South", "Mouth of the South", mahupun "Little Soekarno".
Beliau berseloroh: "Pasal saya mempunyai fikiran yang terlalu besar berbanding negara".
Bagaimanapun, beliau meluahkan rasa terkilan kerana suara negara-negara kecil dan dunia ketiga kini semakin hambar serta tidak lagi lantang berbanding dahulu akibat perpecahan dan kepelbagaian keahlian organisasi antarabangsa.
"Tak begitu lantang. Ada yang buat teguran tapi tak tegaslah," katanya mengakhiri perbincangan.
SERDANG — Kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2026) pagi tadi mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau hadir atas jemputan rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Melalui satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, Dr Mahathir menzahirkan penghargaan secara terbuka kepada menteri yang lebih mesra disapa sebagai 'Bang Mat' itu atas undangan berkenaan.
Dalam lawatan tersebut, tokoh negarawan itu meluangkan masa melawat beberapa ruang pameran termasuk zon Pertanian Pintar (Smart Farming) bagi melihat sendiri evolusi teknologi pertanian moden seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), dron, serta jentera moden.
"Dahulu, pertanian bermakna tenaga fizikal, cangkul di tangan dan bergantung sepenuhnya kepada cuaca serta pengalaman turun-temurun," kata beliau sambil membandingkannya dengan landskap pertanian masa kini yang jauh berubah wajah.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyifatkan tindakan Mohamad Sabu sebagai satu contoh "beradab tinggi" dan profesional dalam menghargai sumbangan seorang negarawan tanpa mengira perbezaan ideologi politik.
Selain menyatakan kekaguman terhadap semangat Dr Mahathir yang kini melangkaui usia seabad, netizen turut melahirkan mesej sokongan mendoakan kesihatan beliau mencurah-curah, malah ada pengguna Facebook yang mendedahkan kehadiran negarawan tersebut telah menyebabkan laluan ke tapak ekspo mengalami kesesakan lalu lintas yang luar biasa sejak dari pagi hingga ke petang akibat orang ramai yang teruja dengan kehadiran beliau.
Meskipun hadir dengan bantuan kerusi roda, perkara itu langsung tidak menghalang beliau untuk turun padang melihat perkembangan teknologi pertanian masa depan negara. Bagi netizen, keghairahan beliau mempelajari teknologi terkini membuktikan beliau kekal sebagai "legenda hidup" dan bapa teknologi moden negara yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan semasa.
Dalam pada itu, beberapa netizen menyifatkan pendekatan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kali ini adalah jauh lebih matang, profesional, serta berjaya mengelakkan kontroversi berbanding kenyataan media mengenai isu ketiadaan jemputan rasmi kepada Dr Mahathir pada sambutan Hari Kemerdekaan sebelum ini yang dianggap mengelirukan sebahagian pihak.
Bagi peminat industri pertanian, kehadiran Dr Mahathir juga dianggap sebagai penghargaan besar memandangkan beliau merupakan antara watak penting yang mencetuskan idea mengembalikan semula pameran MAHA.
KUALA LUMPUR - MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menyangkal dakwaan kononnya golongan muda di negara ini tidak menghargai kemerdekaan tanah air.
Menerusi hantaran di media sosial Facebook miliknya, negarawan berusia 101 tahun itu meluahkan rasa gembira melihat sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya yang disifatkannya sebagai "betul-betul hangat".
"Tak benar sangkaan kononnya anak muda tidak hargai merdeka. Saya lihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam barisan pemerhati," kata beliau.
Menurut Dr Mahathir, wajah mereka kelihatan riang seolah-olah baru merdeka selepas dijajah, sambil menegaskan semangat sebegini akan mengekalkan negara kerana tiada yang lebih mulia berbanding mempertahankan tanah air.
Semalam, kehadiran bekas Perdana Menteri itu menarik perhatian ramai apabila beliau hadir memeriahkan perarakan kemerdekaan bersama rakyat di Dataran Putrajaya. Kehadiran beliau disambut meriah rakyat dan warganet, khususnya di platform Threads dan Facebook yang memuji serta melahirkan penghargaan kepada negarawan itu.
Walaupun berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana keadaan fizikalnya yang berkerusi roda, beliau tetap mesra menyantuni orang ramai dan melambaikan tangan kepada pengunjung. Beliau juga sempat berswafoto dengan orang ramai serta berkongsi detik berkenaan menerusi penstriman langsung di akaun TikTok miliknya, @chedetofficial.
Sumber: Facebook Dr Mahathir Mohamad