HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Ringgit Akan Punyai Kadar Tukaran Tetap

Tun Dr Mahathir Mohamad and George Soros with the Kuala Lumpur skyline and Malaysian Ringgit in the background

Dr Mahathir (kiri) dan George Soros (kanan) Imej TMR

Hari ini, kira-kira 27 tahun yang lalu, Tun Dr Mahathir mengumumkan langkah drastik bagi mengelak kegiatan spekulator mata wang ketika negara dilanda krisis kewangan Asia.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengumumkan langkah drastik menetapkan kadar tukaran tetap bagi ringgit untuk mengelak spekulasi mata wang. Langkah ini termasuk:

  • Ringgit tidak sah digunakan di luar negara mulai 1 Oktober 1998.
  • Pemindahan ringgit dari akaun luar hanya dibenarkan hingga 30 September 1998.
  • Pelawat dibenarkan membawa keluar/masuk maksimum RM1,000, manakala rakyat Malaysia dan penduduk asing dibenarkan membawa keluar maksimum RM10,000.
  • Wang kertas RM500 dan RM1,000 akan ditarik bagi mengelak penyeludupan.
  • Pelaburan asing dalam saham Malaysia mesti kekal di negara itu sekurang-kurangnya setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berkata langkah ini penting untuk melindungi ekonomi daripada aktiviti spekulator dan perdagangan mata wang.

"Kita akhirnya mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara yang membolehkan kita menguruskan ekonomi ialah melindungi kita daripada aktiviti pedagang mata wang dan spekulator pasaran saham dan untuk melaksanakan langkah ini, kita perlu menjauhkan mereka daripada pasaran,"—Tun Dr Mahathir Mohamad (2 September 1998)