HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Perang Kelas

Rafique Rashid

Rafique Rashid.

Yang berkuasa, berharta, dan berpangkat lawan yang susah, miskin, dilupakan, dan dianiaya. Itulah perang kelas (class warfare).

Isu arwah adik Zara, Isu Kg Sungai Baru, Isu URA.

Ini semua jelas perang antara kelas. Lazimnya akan ada bedah siasat (post mortem). Namun untuk arwah adik Zara—tiada. Siapa yang arahkan begini? Siapa yang terlibat? Mengapa kes yang terkait golongan marhaen tidak sama dengan kes babitkan VIP atau orang kaya?

Moratorium pencerobohan pula dinafikan dalam kes Kg Sungai Baru. Walaupun ada perintah mahkamah, mengapa pemaju enggan tunggu rayuan penduduk 3 Oktober 2025 nanti?

Tanpa URA pun sudah kecoh, bayangkan bila ada undang-undang yang menghalalkan pemaju berpesta pilih mana-mana sahaja kawasan yang hendak mereka bangunkan.

Lesen buat duit versi Madani.
— Rafique Rashid

Sedar tidak sedar, yang kaya makin kaya, yang berkuasa makin berkuasa. Yang berpangkat dan berjawatan pula melorongkan jalan mengikuti kehendak mereka.

Akhirnya masyarakat terpisah. Hanya tinggal dua sahaja. Kelas atasan/elit/bourgeoisie/ berkuasa. Dan kelas bawahan/susah/marhaen/biasa.

Hanya ada satu jalan. Kita mesti faham hak. Hak kita bersuara, lawan, dan bertindak.

Kita semua sama di sisi undang-undang.