HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Penonton Konsert ColdPlay Lebih Pengotor

Timbunan sampah di luar Stadium Bukit Jalil sebelum bermulanya konsert Coldplay.

Timbunan sampah di luar Stadium Bukit Jalil sebelum bermulanya konsert Coldplay pada tahun 2023. Foto Sinar

KUALA LUMPUR – Hari ini Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping, dalam Dewan Rakyat menyebut peserta himpunan Turun Anwar pada 26 Julai lalu sebagai pengotor.

Beliau menyebut istilah itu ketika “bertengkar” dengan Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkenaan isu jumlah sampah terkumpul yang didakwanya berjumlah 20,000 kilogram.

Kor Ming mendakwa lagi berat sampah itu diperolehi angkanya dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), yang pekerjanya terpaksa membersihkan kawasan himpunan hingga jam 3 pagi.

Untuk rekod, pada tahun 2023, dilaporkan penonton konsert kumpulan rock Britain, Coldplay membuang sampah sesuka hati yang mengakibatkan kawasan luar Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dicemari timbunan sampah hingga tular di media sosial. Itu berlaku sebelum bermulanya konsert.

Ironinya, Coldplay sebelum ini pernah menaja Malaysia untuk membersihkan sampah di sungai.

Majoriti pengguna aplikasi X ketika itu mengecam tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung konsert berkenaan. Namun aneh, Nga Kor Ming, seperti yang didakwanya sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam “hal ehwal kebersihan Malaysia”, tidak pun melabel mereka sebagai pengotor.

"Setakat artikel ini ditulis, carian imej sampah yang bertaburan selepas tamatnya himpunan Turun Anwar melalui portal-portal berita arus perdana, hanya menemui beberapa keping “gambar kitar semula” yang diulang guna oleh portal-portal alternatif."

Akhbar Utusan Malaysia, sebaliknya melaporkan “Peserta bersihkan kawasan Dataran Merdeka selepas berhimpun”.

Sampah-sampah di sekitar kawasan berhimpun telah dikutip dan diletakkan di satu tempat oleh petugas dari Unit Amal PAS dan peserta bagi memudahkan petugas kontraktor awam mengumpulkan sampah.

Persoalan terbuka yang harus dijawab oleh Kor Ming—apa kriteria bagi membolehkan sesebuah kelompok itu dilabel sebagai PENGOTOR?

Adakah peserta dan petugas himpunan yang mengumpul sampah dan meletakkannya di satu tempat bagi memudahkan urusan pekerja pembersihan? Atau penonton konsert yang belum bermula acara, sewenangnya membuang sampah merata-rata di sekitar perkarangan stadium?

Secara peribadi, saya menganggap penonton konsert yang pengotor dan penfitnah sama-sama tergolong sebagai kelompok keji.