HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Pemain Isr4el dalam Kelab Jepun Menentang JDT 30 September Cetus Persoalan

Neta Lavi, pemain Israel yang beraksi untuk kelab Jepun, FC Machida Zelvia.

Neta Lavi (kanan) merupakan pemain tengah kebangsaan Israel yang kini beraksi bersama kelab Jepun, FC Machida Zelvia.

Undian Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim baharu membabitkan wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang akan bertemu lapan gergasi hebat Asia dengan pembahagian empat perlawanan di halaman sendiri, sementara empat lagi dilangsungkan di tempat lawan.

Menerusi format terkini kejohanan berprestij itu, skuad Harimau Selatan bakal menerima kunjungan Shanghai Port dan Shanghai Shenhua (China) selain FC Machida Zelvia serta Vissel Kobe (Jepun) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Namun, timbul persoalan yang bermain di minda peminat melibatkan jaguh liga Jepun iaitu Machida Zelvia yang bakal bertandang ke Malaysia pada 30 September depan.

Zelvia telah menandatangani pemain tengah kebangsaan Isr4el, Neta Lavi, dari Gamba Osaka, baru-baru ini.

Dengan statistik menarik ekoran tonggak penting yang sering melakukan penampilan, tidak mustahil Zelvia mempertaruh bakat Neta Lavi untuk menggempur benteng Harimau Selatan.

Persoalannya, bolehkah dia melepasi sempadan Malaysia?

Ini kerana individu yang memegang pasport Isr4el secara amnya dilarang memasuki Malaysia berikutan Malaysia tidak mengiktiraf kedudukan Isr4el dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara itu, sekali gus mencerminkan sokongan kuat kepada Palestin.

Jika seseorang individu mempunyai dua kewarganegaraan, termasuk pasport Isr4el, mereka mungkin boleh memasuki Malaysia menggunakan pasport yang lain, tetapi adalah disyorkan untuk mendapatkan visa dan bersedia untuk penelitian yang berpotensi di sempadan, ketika proses saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seperti contoh, kehadiran Yossi Benayoun yang menggunakan pasport Sepanyol ketika kunjungannya bersama Chelsea mengadakan aksi persahabatan bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Difahamkan, Neta Lavi memiliki dua kewarganegaraan dan dia berpotensi menggunakan pasport Portugal untuk memasuki negara.

Sebelum ini, terdapat isu di mana Malaysia dilucutkan hak penganjuran Malaysia dalam Kejohanan Renang Para Dunia di Kuching susulan pendirian Kerajaan Malaysia mengumumkan atlet Isr4el tidak dibenarkan untuk menyertai kejohanan itu.