Hari ini Tun menulis lagi.Sudah tiga peringatan diberi sejak kembali ke Pejabat. Semuanya gesaan untuk penyatuan. Apa yang disebut bukan perkara baru.
Beliau lihat sejarah. Kita tak perlu geluk kaca atau mesin masa untuk faham nasihatnya. Keluar dari parti bukan tujuan pecah belah tapi perbetul semula halatuju yang lama diseleweng pengkhianat bangsa.
Tak semua pilih jalan yang sama kerana bimbang laba politik hilang. Politik sekarang adalah politik apa aku dapat. Itu bukan perjuangan untuk bangsa, agama , negara. Pecah belah terjadi kerana kepentingan pihak tertentu.
Seruan gabungan bawah Payung Besar bukan retorik. Sebelum ini Melayu ada tanah ada kuasa. Sekarang?
Ketuanan sekarang jadi pemudahcara ambil tanah kononnya atas pemodenan kononnya atas kesamarataan diselimuti perpaduan. Maka, seruan penyatuan itu keperluan strategik bagi ambil kembali kuasa politik.
Semua demi kelangsungan masa depan Orang Melayu.Semua dibuat supaya batas perlembagaan terus dipatuhi. Kontrak sosial jadi bukti. Ya, ramai akan kata Tun punca banyak parti, punca melayu berpecah.
Tapi pada usia 101 tahun, masih lagi mahu satukan orang Melayu. Itulah negarawan yang sayang pada bangsa. Maka pilihlah samada mahu jadi orang politik atau negarawan.