HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Netanyahu Cuba Wujudkan United States of Israel

Benjamin Netanyahu giving a speech at the '50 States One Israel' conference.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berucap pada Persidangan 50 States One Israel di Jurusalem.

Satu delegasi terbesar Ahli Kongres Amerika Syarikat yang mewakili kesemua 50 negeri, telah tiba di Jurusalem bagi menghadiri persidangan yang diberi nama "50 States One Israel," di saat tekanan masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman negara haram itu sedang memuncak.

Persidangan yang dihoskan oleh Kementerian Luar Israel, dengan kehadiran Benjamin Netanyahu dan Menteri Luarnya Gideon Sa'ar, disifatkan sebagai julung kali berlaku dalam sejarah negara haram Israel, atas sokongan penuh dari wakil kedua-dua parti (demokrat dan republikan).

Delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli perundangan negeri Amerika, akan bertemu dengan pegawai-pegawai kanan dan melawat seluruh 'negara', sambil menekankan pendirian mereka bahawa sokongan kepada Israel adalah "persepakatan nasional" di AS.

Dalam lawatan tersebut, kesemua delegasi akan menanam 50 pokok yang mewakili setiap satu negeri di Ofakim, sebuah bandar di Israel.

Perkembangan ini jelas menunjukkan bagaimana ahli perundangan negeri dari seluruh AS, memperlihatkan sokongan buta mereka terhadap Israel yang masih dominan dalam politik AS, walaupun terdapat kesedaran global yang memuncak.

Netanyahu dalam ucapannya berkata,

“Ini adalah usaha aktif untuk menentang percubaan untuk mengepung Israel, memerangi gerakan Boikot, Pelupusan Pelaburan, dan Sekatan (BDS).”

Israel sedang dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya di sisi Amerika di samping berusaha untuk menguasai pengaruh politik negara-negara sekitarnya untuk meneruskan misi penjajahan total ke atas bumi Palestin.