HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Tuduhan Anwar Hipokrit - Mukhriz

Mukhriz Mahathir sedang berucap

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Mukhriz Mahathir, dalam sebuah hantaran di Facebook hari ini menyelar Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas tuduhan rasuah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Mukhriz mendakwa tuduhan itu hipokrit dan bertujuan mengalih perhatian daripada kemerosotan ekonomi rakyat.

Mukhriz mempersoalkan mengapa Anwar dan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membangkitkan isu rasuah Tun Mahathir pada saat-saat kritikal ketika Tun Mahathir membantu Anwar dan PH, termasuk ketika Tun Mahathir memimpin PH memenangi PRU14.

"Dan dalam segala yang Tun M lakukan untuk membantu Anwar dan PH, tidak sekali pun isu 'Tun M perasuah' atau 'menyalahguna kuasa untuk kayakan anak-anaknya' dibangkitkan," tegas Mukhriz.

"Tak ada siapa percaya kamu lagi, Anwar. Turun saja,"

Beliau mendakwa tuduhan kini dilemparkan tanpa bukti, walaupun Anwar dan PH kini adalah kerajaan. Mukhriz menyifatkan tindakan Anwar sebagai taktik mengalih perhatian daripada isu utama, iaitu keadaan ekonomi rakyat yang semakin buruk di bawah pentadbirannya.