HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Moneyland: Syurga Buat Para Koruptor

Ilustrasi wang dolar ditutup muka

Ilustrasi terkenal yang menggambarkan dunia korupsi dan penggelapan wang.

Pernah terfikir tak, kenapa ada seorang pemimpin yang ditangkap rasuah, tapi duit yang berbilion tu tak pernah dapat balik?

Sebenarnya, ada satu dunia misteri orang kaya, yang dipanggil, MONEYLAND. Moneyland ni bukan suatu tempat yang ada dalam peta. Tapi satu sistem global untuk orang kaya dan ahli politik yang korup sorok duit.

Apa yang mereka perlukan dua (2) benda je: syarikat hantu, atau kita panggil sebagai Shell Company dan akaun luar negara, atau kita kenal sebagai offshore account. Hanya dengan dua (2) benda ni saja, identiti mereka terus ghaib dan tak boleh dikesan. Tapi duit dan harta mereka tetap selamat.

Yang paling menakutkan dan mengejutkan, bank, peguam dan akauntan pun tolong cover up bagi pihak orang-orang kaya ni. Mana tidaknya, upah yang dikenakan sangat lumayan. Jadi, kalau ada duit berbilion ringgit yang dicuri, mereka ini akan pindahkan ke luar negara, beli aset dan hidup macam biasa.

Tambah lagi globalisasi sekarang yang memudahkan pemindahan wang ke luar negara dalam masa beberapa saat saja. Tapi bila nak jejak balik duit tu, memang susah sangat sebab jejak-jejak tu hilang antara berpuluh-puluh negara.

Kesimpulannya, Moneyland ni memang benar-benar wujud dan orang biasa macam kita tak akan masuk ke dalam dunia tu. Tapi, hal ni kita perlu ambil tahu untuk faham, kenapa korupsi susah untuk dibendung atau lawan. Sebab sistem tu sendiri bagi ruang dan peluang bagi para koruptor.

Artikel ini memetik perkongsian seorang pengguna Tiktok, Kenny Tee @kenny.tee80