Apa jenis makhluk Israel ini? Mereka tidak mungkin manusia. Sebab tiada manusia yang sanggup buat apa yang mereka sedang buat terhadap penduduk Gaza. Secara terang-terangan, mereka membunuh lelaki, wanita, kanak-kanak dan bahkan bayi, secara beramai-ramai.
Hingga menyebabkan mangsa tertimbus di bawah runtuhan bangunan, musnah akibat bom dan roket mereka. Ribuan dan ribuan lagi cedera dan telah terkorban.
Sekarang mereka dengan kejam menyebabkan penduduk Gaza mati kebuluran. Mereka boleh melihatnya. Bahkan dunia juga boleh melihatnya. Kanak-kanak lelaki dan perempuan, lelaki dan wanita, bayi yang hanya tinggal rangka dengan kulit tegang yang melekat padanya.
Tiada harapan. Rakyat Gaza sedang mati. Kita tahu. Dan mereka juga tahu. Mereka tahu mangsa mereka sedang mati. Bukan serta-merta. Tetapi menderita, terseksa selama berbulan-bulan, berminggu-minggu dan berhari-hari sebelum mereka mati.
Dan inilah perbuatan orang Israel. Mereka sepatutnya tahu erti kesakitan dan penderitaan. Nenek moyang mereka pernah menderita kelaparan secara perlahan-lahan. Ngeri. Kalau manusia lain, mereka tak mahu penderitaan yang sama ditanggung oleh orang lain.
Tetapi tidak. Mereka tak punya perasaan sama sekali. Mereka menyakiti orang yang tak bersalah pada mereka. Bahkan mereka sebenarnya menyeksa rakyat Palestin yang telah memberi perlindungan ketika mereka memerlukannya suatu ketika dahulu.
Tiada sedikit pun rasa syukur. Seperti jelmaan syaitan, mereka membunuh dan menyeksa orang yang tidak bersalah mati kelaparan. Tiada sedikit pun belas kasihan. Mereka bukan manusia. Mereka adalah raksasa yang tidak peduli sama sekali jika lapan bilion penduduk dunia mengutuk mereka.
Sejarah dunia akan merakamkan bahawa orang Israel adalah jelmaan syaitan.