HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Mengimbau Kembali Surat damai Anwar kepada Chedet

Surat tulisan tangan Anwar Ibrahim kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Surat tulisan tangan Anwar Ibrahim kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketika ditanya mengapa Ezam Mohd Noor simpan surat ini? Jawabnya..

"Ketika itu telah wujud kesangsian saya terhadap Anwar… siang tulis surat puji Dr Mahathir, malam (Anwar) menyerangnya."

Hari ini, tepat 27 tahun yang lalu, Anwar Ibrahim menulis surat yang didakwa Ezam sebagai tanda damai terhadap Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad, seminggu sebelum dipecat dari semua jawatan kabinet dan parti pada tahun 1998.

Surat bertulisan tangan bertarikh 8 September 1998 itu menurut Ezam, tidak sempat diserahkan kerana terlewat tiba di Pejabat Perdana Menteri—Dr. Mahathir ketika itu telah berlepas ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memberikan taklimat pemecatan Anwar kepada ketua-ketua bahagian Umno di seluruh negara.

Berikut merupakan isi kandungan surat tersebut:

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamalikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998