Berikut merupakan kesimpulan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai saksi Plaintif yang difailkan di dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Oktober 2025, dalam kes saman sivil beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (Defendan).
Saya telah melihat keseluruhan dokumen yang difailkan oleh defendan (Anwar Ibrahim). Saya percaya bahawa dokumen yang dibawa itu adalah tidak relevant, tidak sekalipun membuktikan kata-kata fitnah tersebut adalah benar.
Malah, kebanyakkan dokumen yang dibawa oleh Anwar tersebut tidak pernah dilihat dan/atau diluar pengetahuan saya melainkan sebahagian dokumen yang mempunyai tandatangan saya dan/atau berkenaan dengan jawatan-jawatan yang saya duduki dan/atau telah duduki pada masa lalu.
Selama 27 tahun, mulai tahun 1998 Anwar telah menyatakan pelbagai fitnah konon saya zalim, saya diktator, saya guna kroni, kayakan anak-anak saya dan guna polis untuk tangkap orang.
Pada masa itu dari 1998 sehingga November 2022 saya tidak ambil peduli. Kerana Anwar tiada kuasa dan posisi sebagai Perdana Menteri
Dokumen yang dibawa oleh Anwar ke Mahkamah ini kalau dilihat dan dibaca tiada wujud sebarang keterangan saya curi wang, saya sakau wang, saya beri projek pada anak-anak saya;
Tetapi sebaik jadi Perdana Menteri mulai November 2022 saya buat keputusan tindakan perlu diambil. Ini adalah kerana Perdana Menteri ada kuasa untuk dapatkan segala bukti. Perdana Menteri boleh guna PDRM, SPRM, Jabatan Peguam Negara dan agensi-agensi lain, bagi dapatkan bukti.
Anwar katakan bahawa dia “tak nak gaduh” dan bahawa saya buat kerosakan dan dia “sedia kemuka bukti”.
Tetapi sehingga sekarang, mulai November 2022 kemudian Mei 2023, tiada satu pun bukti Anwar tunjuk saya curi duit, duit masuk akaun saya, saya kaya ‘bilion-bilion’, saya beri project pada anak-anak, saya bantu kroni atau saya bicara melayu hanya kerana hilang kuasa.
Maka, Anwar menipu dari tahun 1998 lagi. Sudah 27 tahun dia tipu dan bohong
Penyata Saksi Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Yang difail di Mahkamah)
21 Oktober 2025