Saya ikuti pelbagai komen selepas berita penahanan reman wanita bernama Myla tersebar. Dia ditahan reman selama 3 hari. Pada saya penahanan ini keterlaluan. Itu pendapat saya berdasarkan pengalaman sebagai saya sebagai peguam yang beramal dalam guaman jenayah serta isu-isu keperlembagaan.
Yang mencuit hati adalah pemahaman mereka-mereka yang mempertahankan tindakan pihak berkuasa mengenai penahanan tersebut. Antara lain mereka kata kebebasan bersuara adalah hak tetapi bukan lesen untuk berkata jelik, lucah, maki, fitnah atau bohong.
Atas permukaan nampak bijak hujah ini. Lebih-lebih lagi kalau yang menulis itu ada latar belakang undang-undang atau berpelajaran, mahupun berstatus pempengaruh yang ada nama. Tapi, ada sesuatu yang tidak kena. Yakni kegagalan mereka memahami apa sebenarnya yang berlaku.
Asas undang-undang adalah Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh Perkara 10. Hak yang ada antara lain adalah kebebasan bersuara. Ya, bukan kebebasan mutlak, ada hadnya. Tapi, perlu rakyat lihat dan dengar audio video Myla yang berdurasi 3 minit 14 saat yang tular itu. Ini yang didakwa menjadi subjek siasatan yang membawa tahanan reman 3 hari ke atas Myla.
Kertas Siasatan pula disahkan dibuka di bawah 4 kesalahan. Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Pendedahan tersebut bagaimanapun mengundang respons daripada mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil yang berpendapat pengakuan Perdana Menteri itu secara tidak langsung mengesahkan bahawa minyak diesel tersebut sememangnya diproses dan dihasilkan di kemudahan penapisan minyak mentah Pengerang, Malaysia.
Menurutnya lagi kenyataan ini menangkis dakwaan penyokong kerajaan sebelum ini yang mendakwa kapal diesel berkenaan berasal dari India dan hanya berlabuh secara transit di perairan Malaysia.
Susulan itu, Isham mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menahan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang didakwanya menyebarkan maklumat palsu serta mengelirukan rakyat.
Disinilah ramai rakyat yang tidak berpuas hati. Mengapa? Sebab Kerajaan yang ada hari ini, membiak dari jalanan atas asas kebebasan bersuara serta janji mereka bagi memansuhkan undang-undang drakonian yang menyekat hak asasi ini. Jelik, kesat, lucah? Dimana elemen-elemen di dalam video 3 minit 14 saat Myla yang terdapat unsur-unsur tersebut? Yang wujud hanyalah kritikan pada Perdana Menteri.
Ya Perdana Menteri Ke-10 yang sekarang memanggil rakyat sebagai bebal, bodoh, buta huruf, takde otak, tidak bijak, tak membaca. Semasa dia menjadi Ketua Pembangkang, apakah dia lupa bahawa dia kritik semua Perdana Menteri dari PM-4, PM-5, PM-6, PM-7, PM-8, PM9? Semasa itu, apabila dia atau pembangkang disiasat, adakah mereka menerima tindakan sedemikian?
Adakah mereka duduk senyap atau tidakkah mereka semua turun ke jalan raya berdemonstrasi? Mereka guna pempengaruh kritik pihak kerajaan hari -hari, manakala hari Sabtu pula, hari mereka berguling di jalanan. Adakah mereka lupa bahawa dahulunya mereka sering membawa sepanduk untuk minta Kerajaan dijatuhkan?
Nasihat saya pada yang masih mempertahankan PM-10, serta Kerajaan hari ini, carilah peguam yang pernah buat kes-kes hasutan. Jangan guna peguam yang belajar undang-undang 4/5/6 tahun, kemudian duduk bilik berhawa dingin jadi penasihat undang-undang, untuk pertahan tindakan drakonian sebegini. Ya, saya akur tiada kebebasan yang mutlak, namun pada masa yang sama, hak mengkritik itu ada, wujud serta dibenarkan oleh undang-undang.
Kepada pihak berkuasa PDRM, nasihat saya gunakanlah budi bicara. Kes-kes sebegini tidak perlukan penahanan reman. Ambil keterangan, rampas gajet, lengkapkan siasatan dan majukan kertas siasatan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara.
Kepada Madani, bila mahu hapuskan Akta Hasutan? Kepada rakyat, jangan takut. Diktator tidak akan wujud selama-selamanya. Kerajaan sekarang takut dengan rakyat. Maka Myla telah dijadikan subjek intimidasi pada rakyat. Sebagai bukti bahawa Kerajaan ini tidak akan kompromi dengan mereka yang mengkritik.
Anwar, undurlah! Ini bukan kritikan, ini hasut rakyat.