HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Ikrar Penjawat Awam: Bukan Kesetiaan Kepada Individu

Rafique Rashid

Rafique Rashid tampil mengingatkan penjawat awam mengenai ikrar mereka.

KUALA LUMPUR – Menjelang Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai ini, Rafique Rashid tampil mengingatkan penjawat awam mengenai ikrar mereka untuk setia kepada Raja dan Negara, bukannya kepada mana-mana individu atau pemimpin politik.

Dalam sebuah kenyataan di Facebook hari ini, Rafique menegaskan bahawa kesetiaan penjawat awam adalah kepada negara dan Perlembagaan, yang membawa maksud tanggungjawab mempertahankan kedua-duanya. 

Beliau juga  menekankan agar Ketua Setiausaha Negara memahami perkara ini dan tidak perlu panik, memandangkan perkhidmatan awam adalah milik rakyat, bukan milik mana-mana individu atau aparat kerajaan untuk disalah guna.

"Cuma Perdana Menteri yang dihadapannya dibaca ikrar akan berubah. Tapi kesetiaan masa sama. Raja dan Negara serta undang-undang," ujar Rafique, merujuk kepada perubahan kepimpinan dalam kerajaan.

Beliau turut menyatakan bahawa tiada sesiapa boleh dihalang untuk bergerak dan berhimpun. Sebaliknya, menjadi suatu kesalahan undang-undang bagi sesiapa yang melarang atau menghalang tanpa sebab yang munasabah.

Rafique berharap Ketua Setiausaha faham akan prinsip ini, mengambil kira latar belakang beliau sebagai individu yang telah lama berkhidmat.

"Perdana Menteri boleh berubah tapi perkhidmatan awam akan kekal jua"

Sehubungan dengan itu, Rafique menyeru penjawat awam untuk turut serta dalam himpunan pada 26 Julai 2025 di Dataran Merdeka, jam 2.00 petang, sambil menegaskan bahawa menyelamatkan negara juga merupakan satu bentuk kesetiaan kepada Raja dan undang-undang.