HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Bila MB Hilang Mandat, Itu Bukan Pintu Belakang — Zaid Ibrahim

Datuk Zaid Ibrahim

Datuk Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh dengan menyifatkan pemahaman beliau mengenai sistem demokrasi berparlimen ala Westminster sebagai lemah.

Dalam satu hantaran Facebook semalam, Zaid berkata tindakan UMNO menarik sokongan sehingga menyebabkan Menteri Besar Negeri Sembilan kehilangan majoriti tidak boleh disifatkan sebagai “backdoor power grab” seperti didakwa Akmal.

“Apabila seorang Menteri Besar atau Perdana Menteri kehilangan majoriti, beliau perlu berundur. Itu bukan ‘backdoor’ langsung — itulah cara sistem Westminster berfungsi, iaitu kerajaan wujud selagi ada keyakinan majoriti dalam dewan,” katanya.

Zaid menambah, jika Menteri Besar masih merasakan beliau mempunyai mandat, tindakan yang wajar ialah memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk mengembalikan keputusan kepada rakyat, bukannya terus berpegang pada jawatan dengan sokongan pihak lain.

Menurut Zaid, Akmal perlu memahami prinsip asas sistem tersebut terlebih dahulu sebelum menuduh UMNO bertindak tidak wajar.