HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Harga Petrol RM1.99 Mahal: Dakwaan Pembangkang Berasas

Seorang lelaki dengan kapsyen 'Saya ulang!!!'

Saya ulang!!!

KUALA LUMPUR – Semalam, Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di daerah Muar, Johor, menyelar tindakan pembangkang yang terus mempertikaikan harga petrol RON95 di negara ini sebagai mahal disifatkan tidak berasas dan hanya bermotifkan politik.

Anwar Ibrahim berkata, penurunan harga petrol RON95 sebanyak enam sen kepada RM1.99 seliter bukan sesuatu yang mudah kerana perlu mengambil kira implikasi kewangan kepada negara.

Sehari sebelum himpunan pada 26 Julai, di Jitra, Anwar turut mengulangi kenyataan yang bukan mudah untuk turunkan harga minyak, perlu ambil masa untuk meneliti implikasi kewangan.

Perlu diingatkan bahawa, Anwar Ibrahim dilaporkan membawa idea penurunan minyak petrol ketika Pilihan Raya Umum (PRU) sekitar bulan Mac 2008. Idea ini, berjaya merasuk anak-anak muda untuk mempercayai janji Anwar Ibrahim (jika menang) untuk segera menurunkan harga petrol sehari selepas tamat PRU.

Harga petrol pada bulan tersebut dicatatkan pada harga RM1.92 sen/liter. Ketika itu, Harga petrol di negara ini diiktiraf antara yang terendah di Asia.

Ini bermakna keputusan Anwar Ibrahim menetapkan harga petrol RON95 kepada RM1.99, pada 24 Julai lalu, adalah langkah menaikkan harga bahan api itu sebanyak 7 sen sejak janji beliau kira-kira 17 tahun yang lalu.

"Tambahan pula, laporan dari agensi berita antarabangsa, telah mula meramalkan tren penurunan harga minyak mentah dunia sejak awal 2025, dan ianya berlanjutan hingga sekarang iaitu di bawah paras $70 dolar setong."

Harga minyak mentah pernah jatuh sekitar Mei 2025, ke paras $60 dolar setong, paras terendah dalam tempoh 4 tahun. Ini juga bermakna, Anwar Ibrahim tidak perlu bersusah payah untuk meneliti implikasi kewangan dan beban subsidi.

Justeru, saya amat bersetuju dengan kenyataan dari pihak pembangkang yang mendakwa harga minyak petrol RON95, RM1.99/liter masih mahal, kerana sejak janji keramat Anwar yang pertama pada 2008, beliau berjanji untuk menurunkan harga petrol di bawah paras semasa ketika itu, RM1.92/liter

Saya juga bersetuju dengan kenyataan pembangkang, bahawa pengumuman harga petrol RON95 baharu kepada RM1.99/liter adalah bermotifkan politik kerana ianya dibuat di tengah-tengah tren penurunan harga minyak mentah dunia.