HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Hanya Satu Cara Jatuhkan Anwar—Mat Sabu

Mat Sabu sedang berucap di hadapan penyokong Amanah.

Mohamad Sabu (kiri, memegang keris) semasa merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan.

KOTA BHARU: Semalam abang mat beritahu kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tak akan goyang selagi Pakatan Harapan (PH) dan geng-geng Kerajaan Perpaduan tak berpecah.

Tapi, abang Mat ada jugak beritahu, satu je cara nak jatuhkan Anwar—usul undi tidak percaya kat Parlimen. Nampaknya abang Mat macam nak bagi hint je pada pembangkang.

Cara lain? “saya tak nampak. Kalau nak tukar Perdana Menteri, tunggulah Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti. Isu-isu semasa ni, saya rasa takkan jejas kedudukan Anwar,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan semalam. 

Abang Mat tambah lagi, walaupun ada perhimpunan besar-besaran nak jatuhkan Anwar, tapi dia akan kekal sampai Parlimen akan datang dibubarkan.

Abang Mat beritahu yang isu-isu semasa sekarang ni tak boleh jatuhkan Anwar dengan mudah dan selagi ada sokongan PH-BN, melainkan dengan usul undi tak percaya kat Dewan Rakyat.

Sekarang kita tunggu dan lihat jelah. Samada pembangkang nak bawa usul tak percaya atau nak tunggu Pilihan Raya. Anda dah bersedia?