HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

FBM KLCI kekal lemah

Seorang lelaki melihat paparan data di ruang dagangan Bursa Malaysia.

Ruangan dagangan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pasaran saham dalam negara nampaknya masih berhati-hati dan lembap sepanjang lapan bulan pertama tahun ini. Indeks utama, FBM KLCI, kekal dalam zon negatif, turun antara empat hingga enam peratus berbanding awal tahun. Ini menunjukkan pelabur masih belum yakin sepenuhnya.

Antara alasan yang dikemukakan adalah, “pasaran terus berdepan pelbagai cabaran global. Antaranya, konflik geopolitik, polisi kewangan Amerika Syarikat (AS) yang berubah-ubah, dan ketegangan antarabangsa yang boleh mencetuskan perubahan mendadak,” kata penganalisis ekonomi, Dr. Abu Sofian Yaacob.

Setakat ini belum ada petunjuk ekonomi yang lebih jelas, menyebabkan pelabur masih terus menunggu walaupun ada penganalisis mencadangkan strategi ‘long and strong’ semasa harga rendah.

Keadaan pasaran yang ‘bercampur-campur’ ini turut memberi kesan kepada kebanyakan syarikat tempatan, termasuk syarikat bumiputera. Walaupun tiada label rasmi ‘bumiputera’ di Bursa Malaysia, penilaian biasanya dibuat berdasarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor utama.