HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Bursa Malaysia Ditutup Negatif

Bursa Malaysia Ditutup Negatif

Bangunan Bursa Malaysia.

KUALA LUMPUR-Bursa Malaysia ditutup rendah 0.84 mata pada paras 1587.07 pada jam 5.20 petang tadi, berbanding paras 1587.91 yang dicatatkan sewaktu penutup dagangan pada hari Rabu.

Tatkala indeks-indeks Asia yang lain seperti Nikkei Jepun, STI Singapura, dan Kospi Korea Selatan menunjukkan prestasi positif, indeks penanda aras Bursa Malaysia memulakan dagangan dengan pembukaan yang lemah, pada paras 1589.26, dengan jumlah dagangan hari ini mencatatkan saham bernilai RM2.92 juta.

Secara keseluruhan, pasaran menunjukkan lebih banyak kaunter rugi berbanding untung, dengan 607 kaunter merosot. Sebanyak 465 kaunter kekal tidak berubah dan 1,121 kaunter tidak diniagakan.

Di peringkat antarabangsa, sentimen pasaran adalah lebih positif. Indeks Nikkei Jepun melonjak 308.52 mata atau 0.73 peratus kepada 42,828.79, manakala indeks STI Singapura naik 0.21 peratus kepada 4,254.35. Indeks Kospi Korea Selatan juga menunjukkan prestasi baik, meningkat 0.29 peratus kepada 3,196.32.