Cerita dia begini. Subsidi untuk beras putih tempatan (BPT) dah ditamatkan 31 Ogos lepas. Tak pasti bila hebahan tentang penamatan subsidi ni. Tapi dilaporkan dalam Bernama, 30 Ogos lalu yang KPKM beritahu Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) Bersubsidi Tahun 2025, yang dilaksanakan sejak 1 Mac lalu, akan berakhir pada 31 Ogos 2025
Dalam masa sama KPKM bagi jaminan BEKALAN beras putih dalam negara berada pada tahap mencukupi dan stabil dengan HARGA yang berpatutan, dan sentiasa MAMPU MILIK dan mudah diperoleh.
Tak cukup dengan itu, KPKM jamin akan sentiasa pantau harga runcit beras putih tempatan secara berterusan bagi memastikan ia kekal pada kadar RM2.60/kg sementara kajian semula dilaksanakan.
Beberapa hari lepas, KPKM beritahu sedang membuat kajian secara mendalam berhubung beras tempatan yang kurang laku di pasaran ketika ini. Kat sinilah yang mendatangkan keganjilan.
Datuk Amer Mydin beritahu semalam yang bekalan beras putih tempatan di Mydin dah tak ada sepenuhnya sejak beberapa hari lalu susulan tindakan pembekal yang tak dapat maklumat jelas tentang pengumuman penamatan subsidi. Adakah harga diapungkan atau bagaimana?
"Bekalan terakhir beras putih tempatan yang kita jual ialah pada 3 atau 4 September lalu sebab ianya bekalan yang dihantar sebelum tarikh 31 Ogos. Selepas tarikh itu, pembekal sudah tidak menghantar lagi beras tempatan,” kata Datuk Ameer.
Jadi bukan isu kurang laku. Sebenarnya kurang bekalan sebab status penamatan subsidi tak jelas. Mana janji KPKM dan Menteri Mat Sabu?
Tambah ganjil bila Mat Sabu beritahu yang beras kita, harga RM2.60/kg kurang laku... bila ada beras import yang harganya tak jauh beza dengan harga tempatan…
“beras tempatan mula ditinggalkan kembali, jadi kita kena buat kempen pula sekarang ini untuk beli beras tempatan,” tambah Mat Sabu.
Ini pun satu keganjilan.
Bermula 15 Mei lepas, harga beras putih import di Malaysia telah diturunkan kepada RM2,600 per metrik tan.
Kerajaan beritahu yang langkah ni untuk mengurangkan kos sara hidup dan menjamin kestabilan bekalan makanan.
Dia turunkan harga beras import sama dengan harga beras tempatan, kemudian beritahu rakyat yang beras kita kurang laku sebab harga lebih kurang sama? Tak pelik ke?
Ini isu makanan ruji rakyat. Bukan isu makanan kucing. Mana pergi beras tempatan? Sampai bila nak bergantung pada beras import? Rakyat boleh merusuh kalau ada isu bekalan makanan.
Ini bukti kerajaan tak pandai jaga perut rakyat. Hungry Man is an Angry Man.