HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Anwar Ibrahim, Sila Saman Saya

Wan Muhammad Azri @ Sir Azri (Papagomo)

Wan Muhammad Azri, juga dikenali sebagai Sir Azri atau Papagomo.

Saya ingin berkongsi mengenai 14 laporan polis yang difahamkan telah digerakkan di seluruh negara oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap saya, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Saya percaya laporan ini digerakkan melalui pengaruh Kamil Munim (Setiausaha Politik Perdana Menteri) yang merupakan orang kuat Farhash, untuk mempertahankan Anwar Ibrahim.

Laporan tersebut menyebut individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah menabur fitnah ke atas Datuk Seri Anwar kononnya bersekongkol dengan Israel menyekat bantuan kepada rakyat Palestin.

Saya ingin melanjutkan pertanyaan kepada AMK yang mendakwa Anwar Ibrahim telah menyalurkan bantuan ke Gaza melalui Global Sumud Flotilla—apa jenis bantuan yang dibawa? Ubat-ubatan? Bekalan makanan? Barangan bayi?

Jawapannya tiada. Hal ini diakui oleh para peserta misi itu sendiri. Dan kesemua kapal-kapal yang terlibat tidak sampai pun ke Gaza.

Seperkara lagi, saya ingin menjawab tuduhan dangkal pihak AMK yang mendakwa kenyataan saya itu adalah atas kepentingan politik. Untuk pengetahuan, saya tidak mewakili mana-mana parti politik. Saya bukan ahli Umno, Pas, Pejuang atau Bersatu.

Oleh yang demikian sebarang kenyataan saya tidak langsung mencerminkan pandangan mana-mana parti.AMK turut mendakwa saya menfitnah Anwar Ibrahim sebagai baruah Zionis.

Untuk pengetahuan, saya telah didapati tidak bersalah, dilepaskan dan dibebaskan atas pertuduhan di Mahkamah yang melabel Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran yang sama.

Saya cabar untuk kemukan bukti di bahagian mana pada kenyataan saya yang menggugat ketenteraman awam? AMK mendakwa kenyataan saya boleh membawa kepada pertuduhan di bawah Seksyen 500, kanun keseksaan (berkaitan fitnah), Nasihat saya, silakan saman.

Walaubagaimanapun saya ucapkan tahniah atas usaha ahli-ahli AMK terhadap laporan polis ini. Tanpa Anwar sendiri sedar, inilah hasil yang disemai dahulu yang mengajar rakyat mengkritik, melawan dan memaki hamun pemimpin termasuk Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi, Dato’ Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, saya agak terkejut. Ada perkara lain yang saya sebut sebelum ini yang tidak dilaporkan oleh AMK. Kamil Munim, dalam laporan Malaysia Tribune ada menyebut tentang kenyataan saya yang didakwa “menabur fitnah Perdana Menteri sebagai banduan liwat, pesakit HIV dan memakai stoma bag. Beliau telah menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dengan jalan siasatan.

Mengapa ahli-ahli AMK tidak menyebut perkara itu dalam laporan polis? Mengapa laporan hanya dibuat berkenaan dakwaan saya yang mengatakan Anwar Ibrahim sebagai baruah Zionis sahaja?

Ini bermakna ahli-ahli AMK telah ingkar arahan yang dikeluarkan oleh setiausaha politik Perdana Menteri.

Sekadar pengetahuan buat Kamil Munim dan ahli-ahli AMK yang lain. Anwar Ibrahim memang mengakui statusnya sebagai banduan liwat. Saya kira mungkin liwat itu adalah sebagai perlakuan terhormat, maka Anwar menggelarkan dirinya sebagai banduan terhormat.

Oleh kerana Kamil Munim bertekad untuk menegakkan kredibiliti Perdana Menteri, saya terpanggil untuk bertanyakan—mengapa tidak dipertahankan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri lain sebelum ini? Dan di mana kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ingin dipertahankan?

Banduan liwat? Banduan rasuah? Banduan salah guna kuasa? Atau adakah atas sikap Anwar yang suka memaki hamun? Mengutuk, menfitnah, mengelirukan dewan rakyat?

Oleh kerana ahli-ahli AMK telah ingkar arahan Kamil Munim, saya rasa terpanggil untuk memberi cadangan. Bagaimana kalau kesemua ketua-ketua AMK negeri ini membawa saranan agar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengemukakan saman ke atas diri saya, Wan Muhammad Azri Wan Deris atas dakwaan menggelarkan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim sebagai pesakit HIV dan pemakai stoma bag.

Sebagaimana Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan saman kerana mendakwa Anwar Ibrahim telah menfitnah beliau, begitu juga halnya dengan dakwaan saya yang dikatakan sebagai fitnah itu. Saya akan kemuka bukti di mahkamah jika Anwar Ibrahim berani mengambil tindakan saman, bukan hanya pandai menyalahgunakan pihak berkuasa.

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis.