HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

Mengaku Jelah Salah Anwar— Gesa Muhyiddin

Muhyiddin Yassin bercakap semasa sidang media Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Ke-8 2025.

Muhyiddin Yassin bercakap semasa sidang media Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Ke-8 2025.

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mendakwa PM Anwar Ibrahim masih belum minta maaf pasal dakwaan Presiden Bersatu tu sokong warga asing dalam isu subsidi RON95, walhal dah tiga minggu.

"Kita bukan nak gaduh. Minta maaf tu kira mengaku silap la, kan manusia memang buat silap. Tapi malangnya, sampai sekarang saya tengok tak ada apa-apa pun dia buat,” katanya masa sidang akhbar Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Ke-8 2025, malam tadi.

Muhyiddin tambah, dia tahu Anwar nak tunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Kenapa MCMC lambat sangat? Isu kecik, senang je pun tak boleh selesai. Kita dah bagi muka, minta maaflah," katanya.

Pada 21 Ogos lalu, Anwar Ibrahim pulak dilaporkan tuntut Presiden Bersatu tu untuk minta maaf jugak atas fitnah dan tuduhan yang kononnya Muhyiddin lempar kat Anwar selama ni.

Anwar kata, Muhyiddin sebelum ni banyak sangat tabur fitnah kat dia, tak kira dalam Parlimen ke, luar Parlimen ke.

Tapi sebelum tu lagi, Muhyiddin dah tuntut Anwar minta maaf pasal kenyataan yang dakwa dia sokong warga asing dalam isu subsidi RON95.

Kemudian, Pejabat Perdana Menteri kata MCMC akan siasat pasal kenyataan yang dikaitkan dengan Muhyiddin tu.

Anwar pulak kata dia masih tunggu laporan MCMC sebelum buat apa-apa keputusan sama ada nak minta maaf kat Muhyiddin ke tak.

Itulah, bila dah salah cakap, orang suruh minta maaf, Anwar bagi alasan nak tunggu siasatan MCMC pulak. Mengaku jelah salah wahai Anwar Ibrahim. Tutup buku, senang cerita.