KUALA LUMPUR — Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali dengan Sir Azri, hari ini memberi keterangan di Balai Polis Setapak kira-kira jam 3 petang tadi berhubung satu laporan yang dibuat mengenai "3 kali Jumaat".
Menurut Sir Azri, laporan polis tersebut dipercayai dibuat oleh pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mendakwa aktivis berkenaan menyatakan ayat "3 kali Jumaat" kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran video.
Bercakap kepada Malay Digest, Wan Muhammad Azri menyifatkan laporan polis itu sebagai sia-sia dan hanya menyusahkan pihak berkuasa. Ini kerana konteks dalam kenyataan tersebut tidak jelas samada ianya berunsurkan hasutan atau fitnah.
Siasatan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.