HOME NASIONAL ASEAN DUNIA HUBUNGI NEWSLETTER PERSPEKTIF

4 Kali Ditahan Atas Dakwaan Sama: Aktivis Cabar Anwar Ambil Tindakan Saman

Aktivis politik Wan Muhammad Azri Wan Deris di IPD Dang Wangi.

Sir Azri (Wan Muhammad Azri) bercakap kepada media di luar IPD Dang Wangi selepas dibebaskan pada 4 November 2025.

KUALA LUMPUR: Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Sir Azri, hari ini telah dibebaskan kira-kira jam 2.30 petang tadi setelah selesai menjalani tempoh reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selama 2 hari bermula Isnin.

Sebelum ini Sir Azri dilaporkan telah disiasat pihak polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Bercakap kepada media selepas dibebaskan, beliau memberitahu penanahan pada kali ini membabitkan kenyataannya yang mendakwa Anwar Ibrahim sebagai pesakit HIV dan memakai bag stoma.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan tersebut sebelum ini telah pun disiasat sebanyak 4 kali dan melibatkan 2 kali penahanan dalam tempoh seminggu, melibatkan Akta Hasutan 1948.

Sir Azri menambah, Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan akta tersebut sepanjang menjadi Perdana Menteri bagi membungkam suara rakyat marhaen walaupun sebelum ini pernah berjanji untuk memansuhkan undang-undang tersebut untuk mengelak dari disalahguna.

Aktivis itu menegaskan bahawa Akta Hasutan 1948 tidak memperuntukkan mana-mana individu yang mengkritik seorang Perdana Menteri untuk didakwa melainkan jika ucapan hasutan itu melibatkan Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan.

“Tindakan Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah mengulangi semula peristiwa pada tahun 1998 di mana bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyalahgunakan pihak PDRM bagi memberi tekanan kepada pengkritik beliau,” jelas Wan Azri.

Justeru, beliau sekali lagi melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan saman ke atas Wan Muhammad Azri Wan Deris atas dakwaan aktivis tersebut bahawa Anwar Ibrahim seorang pesakit HIV dan memakai bag stoma, serta memohon perintah injuksi dari pihak Mahkamah bagi menghalang sebarang kenyataan berhubung hal berkenaan.

“Saya tidak akan berhenti bercakap dan mendedahkan hal ini selagi Anwar Ibrahim tidak mengambil tindakan saman ke atas saya. Saya mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia untuk mempertikaikan status kesihatan Perdana Menteri, termasuk jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai pasukan perubatan beliau selama hampir 3 tahun ini” katanya.